McDonald’s Malaysia Santuni Kanak-kanak Sepanjang Oktober

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 – McDonald’s Malaysia terus mengukuhkan komitmen kemasyarakatannya dengan penganjuran Bulan Komuniti pada Oktober ini. Bulan Komuniti merupakan salah satu inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC, yang bertujuan mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat di sekitar lokasi operasi McDonald’s.

 

“Program Komuniti McDonald’s & RMHC merupakan payung besar bagi segenap aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh McDonald’s Malaysia, termasuklah pelaksanaan Bulan Komuniti ini. Bulan Komuniti bakal memberi fokus utama terhadap golongan kanak-kanak kurang bernasib baik. Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia mengambil pendekatan melalui majlis sambutan hari jadi bagi menceriakan dan mencipta kenangan manis untuk anak-anak yatim. Ini cara kami menyumbang kembali kepada masyarakat, yang sentiasa menyokong kami selama ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

 

Bulan Komuniti pertama kali dilaksanakan pada 2017 dan ia sarat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Namun, selepas situasi pandemik yang bertambah baik pada 2021, McDonald’s Malaysia memilih pendekatan menganjurkan majlis sambutan hari jadi bagi memastikan pelaksanaan aktiviti yang lebih berfokus dan berimpak besar untuk anak-anak yatim. 

 

“Sambutan hari jadi merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna bagi diri seseorang. Setiap kali sambutan hari jadi diadakan, kami dapat lihat senyuman kegembiraan anak-anak yatim yang terlibat. Inilah yang menjadi motivasi kepada kami untuk meneruskan inisiatif ini. Tambahan pula, menganjurkan sambutan hari jadi yang meriah merupakan kepakaran kami di McDonald’s,” kata Dato’ Azmir.

 

Sepanjang Oktober ini, McDonald’s Malaysia akan menganjurkan majlis sambutan hari jadi melibatkan lebih 12,000 anak yatim dari 400 rumah kebajikan yang terpilih di seluruh negara. McDonald’s Malaysia memperuntukkan RM300,000 bagi tujuan ini. 

 

Majlis sambutan hari jadi yang diadakan di Yayasan An-Nur Maisarah di Chemor, Perak hari ini merupakan antara majlis sambutan hari jadi terawal yang dianjurkan bagi membuka tirai Bulan Komuniti McDonald’s pada tahun ini. Majlis sambutan hari jadi sebegini akan terus diadakan sehingga penghujung Oktober, sama ada di rumah kebajikan kanak-kanak atau di restoran McDonald’s. 

 

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) turut menyokong pelaksanaan Bulan Komuniti tahun ini dengan pemberian Pek Kembali Ke Sekolah kepada anak-anak yatim. Sebanyak 90 Pek Kembali Ke Sekolah disampaikan kepada anak-anak yatim di Yayasan An-Nur Maisarah, hari ini. 

 

“Saya berasa sangat gembira McDonald’s Malaysia memilih Yayasan An-Nur Maisarah untuk menjayakan Bulan Komuniti mereka pada tahun ini. Ini kali pertama kami menjalin kerjasama dengan McDonald’s Malaysia dan menyambut majlis hari jadi secara besar-besaran seperti ini. Kemeriahan jelas terasa dengan beberapa kek yang besar, dekorasi yang berwarna-warni dan ditambah pula dengan aktiviti permainan yang sangat menarik. Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah pula pastinya menjadikan mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan baru. Wajah gembira dan teruja anak-anak ini jelas kelihatan dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada McDonald’s Malaysia,” kata Dr. Fazillah Nordin, Pengerusi Pemegang Amanah merangkap Pengarah Yayasan An-Nur Maisarah, yang juga mesra dipanggil ‘ibu’ oleh anak-anak yatim di sini.

 

Bulan Komuniti merupakan salah satu inisiatif kemasyarakatan terpenting dan terbesar yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia tahun ini, di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC. 

 

Sebagai kemuncak dan mengakhiri pelaksanaan Bulan Komuniti McDonald’s tahun ini, buat pertama kalinya, McDonald’s Malaysia akan menganjurkan Karnival Famili Mekdi yang merupakan acara terbuka untuk orang ramai dengan pelbagai aktiviti menarik. Rumah-rumah kebajikan kanak-kanak terpilih juga dijemput untuk memeriahkan lagi karnival ini di beberapa lokasi iaitu perkarangan McDonald’s Putrajaya pada 28-29 Oktober; Penang Auto City pada 4-5 November dan Mutiara Rini, Johor Bahru pada 10-11 November. 

 

###

 



RMH Online Booking