Bacaan Yassin Dan Doa Selamat bersama Persatuan Autisme Kelantan (Bulanan) Untuk Tahun 2020

Untuk 2020, pada setiap bulan minggu kedua atau ketiga Majlis bacaan Yassin dan Tahlil akan diadakan di Rumah Ronald McDonald di Hospital USM bersama keluarga yang menginap dan turut dihadiri oleh keluarga kanak-kanak Persatuan Autism Kelantan.  Majlis ini berlangsung secara santai dihadiri 15 keluarga kanak-kanak autism dan 12 keluarga yang menginap di RMH-HUSM serta keluarga staf yang bertugas disini. Alhamdulillah majlis kecil ini mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain serta berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan kecil yang ditaja oleh semua keluarga kanak-kanak Autisme yang hadir dan individu yang hadir di majlis ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

GALLERY


RMH Online Booking