Back To School Pack 2019 – Handover Ceremony by Encik Azmir Jaafar, Managing Director & Operating Partner, McDonald’s Malaysia Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia memberikan sumbangan Pek Kembali ke Sekolah kepada kira-kira 250 kanak-kanak sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, semalam.

 

Setiap kanak-kanak menerima Pek Kembali ke Sekolah bernilai RM100 merangkumi sepasang uniform sekolah, sepasang kasut sekolah, sepasang stoking dan beg sekolah.

 

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, sumbangan yang menelan belanja kira-kira RM25,000 ini dapat meringankan beban keluarga kanak-kanak yang terlibat dan seterusnya menjadikan mereka lebih bersemangat untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu.

 

“Diharapkan juga agar sumbangan ini memberi motivasi kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh demi menempa kejayaan sehingga ke menara gading, malah ke puncak kerjaya pada masa hadapan,” katanya.

 

Lebih manis lagi, sekolah ini juga merupakan sekolah lama tempat Azmir menimba ilmu ketika awal usia beliau.

 

Program Kembali ke Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia untuk mendekati seramai mungkin golongan masyarakat yang kurang berkemampuan.

 

Program ini juga diadakan sempena Bulan Komuniti McDonald’s dan RMHC yang diadakan setiap tahun.

 

Pada tahun 2018, sebanyak 17,000 kanak-kanak sekolah rendah menerima manfaat daripada Program Kembali ke Sekolah dengan belanja RM1.7 juta berbanding 6,000 kanak-kanak dengan belanja RM1.2 juta pada tahun 2017.

 

Pelaksanaan program Kembali ke Sekolah pada tahun ini dijangka menjadi yang terbesar sejak ia mula diperkenalkan dengan belanja RM3 juta, melibatkan kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara.

 

Sumbangan akan diberikan secara berperingkat sehingga penghujung tahun ini.

GALLERY


RMH Online Booking