13
Apr 2019
RMHC Malaysia telah bekerjasama dengan INTI International University, Nilai untuk Program Lawatan & Aktiviti Bersama Pesakit – Pesakit Institut Pediatrik HKL.

Lebih kurang 80 pelajar yang terlibat telah berjaya mengumpulkan dana lebih kurang RM10 k untuk menjayakan program ini. Di antaranya ialah pemberian ‘goodies bag’ kepada 300 pesakit yang sedang mendapatkan rawatan, membuat pelbagai aktiviti permainan & hadiah dan tajaan makanan & minuman.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan pensyarah yang terlibat.